Pages

Wednesday, January 11, 2012

Percik Putih

Assalammualaikum, harini mmg mood tengah baik nak memasak..huhu selak-selak majalah SAJI nampak lak menu ni..hurm..memang teringin nak mencuba kali ni..bukan apa, sesekali memasak yang lain daripada slalu ni bagus jugak kan boleh mevariasikan masakan selain bertukar selera...;p
 oleh kerana bakar ikan atas dapur je maka xberapa garing sangat lah ikannya tp rasanya masih lagi segar memandangkan ikan pon fresh dari pasar.. suami pon suka..
SELAMAT MENCUBA~!
BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan apa2 pon bley

Bahan A
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
*kisarkan bahan ni dah perap bersama ikan dalam 1/2 jam.

Bahan B
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu tepung beras
1 cawan santan
garam secukup rasa
serbuk ketumbar
cili kalau nak pedas

CARA-CARA
1. kisar halus bawang dan halia. didihkan dan campurkan santan.
2. masukkan garam, serbuk ketumbar dan cili potong halus2.
3. masukkan tepung beras y dicampurkan sedikit air. kacau-kacau sampai pekat dan SIAP~!

p/s: ikan tu dibakar hingga masak dan sos tu curahkan atas ikan.

sayuran tambahan, elok makan sayur ni..taugeh ni asalnye nak buat kerabu sebab ianya masih lagi segar bugar tp kerisik plak xde maka goreng ajela..pon sodap jugak hihi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...