Pages

Saturday, December 31, 2011

Lunch terakhir 2011

Assalammualaikum w.b.t.. selamat tinggal 2011, tahun yang banyak memberikan saya pengalaman baru..terutamanya pengalaman baru menjadi seorang isteri..Esok sudah menjelmanya tahun baru 2012..hurm, tahun debaran bagi kita semua sebab kita tak tahu lagi apa yang bakal mendatang kan..Insyaallah mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki kita dan semoga saya dapat berpindah semula ke semenanjung..huhu rindu rasanya bila berjauhan dengan keluarga especially Mak dan anak-anak buah...rindu~! webcam juga xmampu nak membendung rasa rindu di dada ni..huhu bukanlah Sabah ni xmenarik cume..."Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri"..mesti anda pernah dengar kan pepatah ni..macam tu lah saya rasa...termenung mengingati kampung? Always~! 

Dah makan ke belum? saya sudah..hihi baru je selesai menjamu selera bersama Incik F..menu harini adalah Kari Ayam. dulu saya xpandai masak Kari..serius, kalau masak kari mesti akan bertukar menjadi kurma..hihihi masa tu xtau cara masak kari yang betul sebab saya xbiasa masak gulai-gulai yang berkuah. Skarang? alhamdulillah tadi pon incik F cakap "erm..skang ayang dah improve masak kari". Kalau anda dipuji sebegitu oleh incik abang senyum lebar sampai ke telinga tak agak-agak? haha i do..;) 

first time buat kari..macam kurma x? huhu rempah kari Adabi mmg bukan selera saya..

percubaan kali kedua membuat kari..saya gunakan rempah Kari Baba's...
yummy..mmg sedap dan bersesuaian dengan selera saya...
cara masak yang betul saya tonton dalam rancangan Spice Route di TV3..

Harini saya sekali lagi membuat Kari..tapi kari ayam pulak..dah lama xmasak kari sebab xberani. takut xmenjadi..kalau xmenjadi xde sape nak makan dan jadi membazir kan..harini berjaya memberanikan diri sekali lagi memasak resepi "berhantu" ni hihi..

Alhamdulillah memang menjadik..rasanya? Incik F suka..dan saya juga suka..:) mission success..

BAHAN-BAHAN
6-7 ketul Ayam
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang kecil*
3 biji cili padi*
1 inci halia*
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih**
4 sudu besar serbuk kari ayam Baba's
sedikit asam jawa
2 helai daun kari
3 biji kentang dibelah 4
1 sudu pati ayam 
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air

CARA-CARA
1. Kisarkan bahan bertanda * 
2. Tumis bahan ** dan masukkan bahan yang dikisar tadi
3. Masukkan pula rempah kari yang telah dicampurkan bersama sedikit air.
4. Masukkan ayam dan kentang, garam, daun kari, pati ayam dan asam jawa.
5. masukkan 1/2 cawan air gaul sampai menggelegak.
5. Masukkan santan dan tunggu sampai empuk dan masak,SIAP~!

Terselit jugak, saya buatkan Pengat Pisang untuk Incik F masa sarapan tadi..yum yum..;)

BAHAN-BAHAN
8-10 biji Pisang (bersaiz sederhana) 
1/2 cawan santan
1/2  cawan gula merah
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan 

CARA-CARA
1. Campurkan semua bahan kecuali pisang dan kacau-kacau.
2. Masukkan pisang dan kemudian tunggu sekejap. 
3. SIAP~! senang kan..huhu


Friday, December 30, 2011

Koleksi Menu 2011 : Ayam

 Hurm..sedar xsedar tahun baru akan menjelang xlama lagi..selamat tinggal 2011 yang sungguh bermakna buat saya..sebelum ini saya memang gemar memasak, tapi memasak masakan biasa2 sahaje xdelah yang istimewa mana..huhu mungkin sebab dulu bujang xde inisiatif untuk memahirkan diri dalam bidang masakan..setelah berumahtangga, saya berpeluang untuk mempelajari beberapa jenis masakan yang saya belum pernah buat. sebahagiannya saya dapatkan resepi daripada blog2 masakan lain dan juga Myresepi..memang mudah kan klu nak belajar memasak ni..huhu please enjoy..

3 pilihan masakan Ayam utama yang saya dan keluarga gemar. 

 BAHAN-BAHAN
6-8 ketul Ayam
 Cili kering kisar (ikut rasa kepedasan)
kacang peas dalam tin
1 biji tomato dipotong 4
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 cawan santan kelapa
i inci halia*
daun sup
sedikit gula dan garam

CARA-CARA
1. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kering, garam, gula dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukan ayam, biar sampai ayam separuh masak dan masukkan pula santan.
tunggu sampai ayam betul2 masak dan masukkan kacang peas, daun sup, tomato. gaul-gaul kejap dan SIAP~!


 Resepi ni sangat sedap, diambil dari blog kak siti:




Kat blog2 di alam maya ni ada banyak versi masak rendang dan ini versi saya..selamat mencuba ye..

BAHAN-BAHAN
6-8 ketul daging Ayam
3 biji bawang besar*
5 ulas bawang merah kecil*
5 biji cili thai*
5 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 1/2 inci lengkuas*
serai 3 batang*
kunyit, asam jawa & garam
Kerisik kelapa (1 paket)
2 cawan santan kelapa
daun limau purut dan daun kunyit (diricih2)
tomato (hiasan)

CARA-CARA
1. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kering, garam, asam jawa dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukan ayam, biar sampai ayam separuh masak dan masukkan pula santan.
4. Tunggu menggelegak dan masukkan kerisik,
5. Tunggu kering dan masukkan pula daun limau purut. gaul-gaul sampai kering kuah dan SIAP~!

Mukadimah resepi : Sup Ayam Pandan

Assalammualaikum w.b.t, bismillahirohmannirrohim mukadimah untuk merasmikan blog resepi saya yang baru ni. blog y baru?? huhu , yela FYI Sebelum ni saya mmg dah ada blog personal yang bermula sejak tahun 2008 lagi (attilasgallery.blogspot.com)..tapi atas dasar kedewasaan, akhirnya saya membuka blog yang baru dan terus mendelete blog lama. blog lama tu hanya banyak berkisarkan tentang kisah zaman remaja berjimba-jimba dahulu..eceh macam la skang ni dah tuan sangat kan huhu..Kali terakhir saya membuat entry untuk blog tersebut adalah pada 4 January 2011...almost 1 year kan..hurm..mmg lama xmengadap blog..

Perkahwinan membuatkan saya sedar diri dan ruang, xboleh nak sewenang2-wenang berblog macam dahulu lagi, hati suami perlu juga dijaga..dan disini saya cumalah seorang blogger tegar amatur biasa yang ingin berkongsi keseronokan dalam menyediakan masakan yang terbaik buat suami dengan berkongsi resepi juadah2 sepanjang saya bergelar seorang isteri..Saya bukanlah pakar, tapi sekadar mahu berkongsi hobi..

MASAKAN: Saya paling suka masak makanan yang simple2 (bukan pemalas ye huhu), bukan sekadar mudah dalam penyediaan tetapi selera yang bersesuaian dengan kami suami isteri. Sebenarnya selera setiap manusia ni berlainan.. sedap pada kita belom tentu sedap pada orang lain. pada saya mudah, saya akan masak apa yang saya rasa sesuai dengan selera saya dan juga suami. Kalau makanan tu nampak cantik, tp xsedap..xguna jugak kan..kita yang makan, kita tahu selera kita bagaimana..

Meal for 2, Setiap resepi yang saya sertakan adalah untuk hidangan 2-3 orang..huhu keluarga saya masih lagi kecil dan belum berkembang lagi..InsyaAllah semoga Allah memberikan rezeki lagi kepada kami suami istri suatu hari nanti..:)


BAHAN-BAHAN

Ayam 5-7 ketul bersaiz sederhana
Bawang besar 1 ulas*
Bawang merah 2 ulas*
Bawang putih 2 ulas*
cili padi 4-5 ulas (kalau nak pedas lagi tambah kan)
Halia 1 inci*
Serai 1 batang
Pati Ayam 1 sudu kecil
Daun Pandan 1 helai
Asam jawa

CARA PENYEDIAAN

1. Bahan bertanda * dikisar atau ditumbuk halus dan tumis.
2. Masukkan ayam, serai, asam jawa sket dan daun pandan
3. Masukkan air untuk kuah. (jangan terlalu banjir kuahnye nnti xsedap)
4. Masukkan garam dan pati ayam. 
5. Reneh sampai ayam masak dan tutup api. SIAP~!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...