Pages

Friday, January 20, 2012

Apple Crumble

Assalammualaikum..harini keluar tekak mat salleh plak bile tgk banyak lak Incik F beli buah epal smalam..suh makan tapi xlarat nak makan semuanya, banyak sangat..hurm masa-masa ni la godek-godek goodle mencari ape y boleh dimakan dengan epal ni tup-tup nampak lak ada website main masak-masak epal y kat bawah ni ha..bila dah main game ni rasanya xderla susah sangat nak buat Apple Crumble ni huhu kita pon godek-godek la resepi nak membuatnye..huhu ni game bukan main-main aje tp kita boleh dapat info dan tau jugak bagaimana sesuatu jenis makanan tu disediakan..ada banyak jugak resepi yang ada mcm pinata sayuran, cupcake, donat dan macam-macam lagilah..kalau anda stress tu leh la main-main kejap sebelum masuk dapur balik tu huhu
Dan Taaraaaa...kat bawah ni hasil tangan saya..banyak-banyak resepi semua manis gula sampai 2 cawan..mak aih mau kencing manis nanti..saya kurangkan gulanya sebab xsanggup nak menelan kalau dah terlalu manis..yang ni sedang-sedang je manisnye sesuai dengan tekak..makan pulak dengan aiskrim wallah memang sedap..biasa orang makan dengan sos kastard tapi saya lagi suka makan dengan aiskrim coklat...manis pon sedang-sedang..selamat menjamu mata ye..huhu

BAHAN UNTUK SOS@INTI
3 biji epal (dibuang kulit, buang tengahnya dan dipotong dadu)
3 sudu butter
1/2 cawan gula pasir (kurangkan klu xsuka manis saya buat 4 sudu makan je)
1/2 cawan kismis campur (saya tambah)
1 sudu kecil serbuk kayu manis @ 1 batang kayu manis
*dimasukkan dalam periuk dan masak sampai pekat kuahnya.

BAHAN UNTUK CRUMBLE
1 cawan tepung gandum@tepung naik sendiri
5 sudu makan butter (cairkan)
1/2 cawan campuran nestum dan oat
*gaulkan tepung dan butter menjadi seperti serbuk roti tapi jangan hancurkan. gaul lembut dan masukkan pula nestum dan oat.

CARA-CARA
1. masukkan sebahagian campuran crumble ke dalam loyang yang telah digriskan dengan butter. jangan tekan, hanya ratakan sahaja.
2. masukkan kesemua sos epal tadi kedalam loyang dan ratakan, jangan tekan.
3. masukkan kesemua baki crumble tadi dan ratakan, jangan tekan.
4. bakar dalam oven untuk 30 minit @ hingga masak dengan api 190deg.
5. bila bau dah wangi, crumble pon dah keperangan tu boleh sejukkan dulu sebentar. hidangkan bersama dengan sos kastad @ Aiskrim. SIAP~!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...