Pages

Tuesday, January 10, 2012

Karipap Keledek

 Pada suatu hari y sejuk hujan turun mencurah-curah, makan ape y sedap? huhu taraaaa..karipap keledek manis ni memang yummy..

























BAHAN-BAHAN

INTI KARIPAP

1 biji keledek (bersaiz besar) @ kentang 5 biji 
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar*
2 ulas bwg putih*
2 ulas bawang merah*
1 sudu pati ayam
1 filet isi ayam dicincang
1 sudu cili kering (kalau nak pedas)*
garam
air

CARA-CARA
tumis bahan bertanda * dan masukkan isi ayam, keledek yang dipotong dadu, masukkan serbuk kari yang dicampurkan sedikit air. masukan pati ayam, air dan garam..tunggu hingga masak dan ketepikan.


DOH KULIT KARIPAP
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan minyak + margerin (dipanaskan)
ais sejuk (dalam peti) & garam

CARA-CARA
1.panaskan campuran minyak dan marjerin.
2.satukan tepung dan garam. buat bulatan ditengah dah masukkan campuran minyak panas tersebut dan gaulkan2 dengan sudu. 
3. mula gaul dengan tangan dan masukan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan sudah menjadi doh. pastikan adunan diuli sehingga ianya tidak melekat pada tangan dan bekas.
4. balut doh dengan plastik dan biar 10 minit.
5. selepas 10 minit mula mencanai doh dan kalau pandai kelim bolehlah masukkan inti dan kelim di tepinye.
6. kalau xpandai kelim sperti saya boleh guna acuan saje huhu..
7.panaskan minyak dan goreng karipap dengan api y sederhana. SIAP~!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...