Ini betul-betul penangan kepingin ngan menu masakan Kak Azlita Masam manis ni gamaknye huhu alahai banana kek ku ni menjadi terlebih lembek lak dalamnye dah mcm kue lak..rasanya ni mungkin sebab jenis pisang y saya guna kot..sebab pisang ni jenis lembut cam ceklat getah ala lupa la nama pisang tu..sengal x leh lupa nama pisang..haha xkisah la apa nama pon y penting nnti akan ku cuba lagi skali biar sampai menjadi kek yang betul2 kek lah ye huhu..nanti cube lagik~!
Monday, January 16, 2012
Friday, January 13, 2012
Salam Jumaat : Kek Coklat lembap dan jeli Kiwi
Assalammualaikum salam jumaat buat semua blogger reader..dah 2 hari dok kepochi pasal blogger yang mencilok resepi dan gambar-gambar dari blog orang lain..haih, smalam sempat jugak la tengok blog pencurik tu memang kuang asam betul lah..xsenonoh punyer kerjaan..kesian kepada blogger masakan y terlibat mcm Kak Azlita, Che Mat Gebu n beberapa blogger lain..perghh..menyirap aje masa tgk tu dan terfikir mcm mane kalau gambar kita y ke curik?? mesti marah kan.. saya faham apa y mereka2 ini rasakan, yerla bukan senang tau nak menghabiskan masa untuk mendapatkan resepi dan gambar-gambar seperti yang kita inginkan..kadang kala mau menangis dan stress bila memasak xmenjadi dan gambar nampak xcantik bile proses nak menangkap tu boleh tarik muka 14 la kalau menegok kek xnaik2 masa membakar tu..si pencuri ni mane ade rasa semua tu...y dia tau copy n paste pastu edit tukar nama..kejap aku..kejap saya..ntah pape la manusia tu..nyampah..Saya pon mohon la kepada blogger-blogger lain supaya jangan menyenangkan kerja anda dengan perbuatan mencuri ni..resepi ni untuk dikongsi tapi gambar2 tu semua hak peribadi dah hasil kerja masing2..sebab tu diletakkan watermark supaya bila di copy tu masih ada lagi tanda harga tuan empunye..tp kalau dah dicrop dan mengaku lak gambar tu hak anda..memang parahhh..bak kata melodi perlu kurangkan kontroversi dan berdiri diatas bakat sendiri..kalau xreti masak tu leh bertanya untuk berkongsi ye dak..macam saya la..baru2 nak belajar ni kene la banyak bertanya kalau x sampai bila pon xpandai kan..hihi k lah. alang-alang dah mengomel ni nak share resepi dessert yang dihasilkan melalui pemerhatian dari blog2 masakan y lain..nak senaraikan banyak lak tempat rujukan saya tu antaranye blog kak ita, kak ummi, izzah dan Myresepi....selamat menjamu ye..;p
BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu cair
2 sd besar gula
3-4 biji buah kiwi segar
1 peket agar-agar jeli kristal Nona
CARA-CARA
1.Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2.3 biji Kiwi dibuang kulit dan dikisar.Asingkan di dalam 2 bekas. 1 bekas tu dicampurkan dengan bancuhan susu dan gula.
3. 1 biji kiwi dipotong bulat2 dan disusun dalam acuan atau mangkuk.
4. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. tuang sedikit di dalam acuan berisi kiwi yang disusun. sejukkan seketika supaya keras sedikit.
5.tuangkan bancuhan kiwi yang dicampur susu pula dan biarkan keras seketika.
Akhir sekali, bancuhan kiwi asli dimasukkan dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. agak masam sedikit kerana kurang gula. saya suka y masam2..kalau anda xsuka boleh tambah gula ye..huhu siap..;p
1/2 tin susu cair
2 sd besar gula
3-4 biji buah kiwi segar
1 peket agar-agar jeli kristal Nona
CARA-CARA
1.Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2.3 biji Kiwi dibuang kulit dan dikisar.Asingkan di dalam 2 bekas. 1 bekas tu dicampurkan dengan bancuhan susu dan gula.
3. 1 biji kiwi dipotong bulat2 dan disusun dalam acuan atau mangkuk.
4. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. tuang sedikit di dalam acuan berisi kiwi yang disusun. sejukkan seketika supaya keras sedikit.
5.tuangkan bancuhan kiwi yang dicampur susu pula dan biarkan keras seketika.
Akhir sekali, bancuhan kiwi asli dimasukkan dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. agak masam sedikit kerana kurang gula. saya suka y masam2..kalau anda xsuka boleh tambah gula ye..huhu siap..;p
BAHAN-BAHAN
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan C
3 biji telur
Cara2
1.masukkan bahan A dalam periuk dan panaskan hingga gula larut..sejukkan.
2.putar bahan C hingga kembang..masukkan bahan A..dan gaul rata
3.tepung gandum digaul bersama soda bikarbonate dan baking powder..pastu diayak.masukkan kedalam bahan A dan C..MASUK SEDIKIT DEMI SEDIKIT..
4.masukkan kedalam loyang yng dilapik tracing paper.
5.kukus@bakar selame 1 jam..@ hingge masak.
Topping..
200 gm coklat masakan
suku cawan susu cair/susu segar
masak atas double boiler....
Dah siap curahkan topping diatas cake dan taburkan coklat rice.SIAP~!
Thursday, January 12, 2012
Apam Merkah : mini
Dah lama tgk blog kak Zu semanis gula ni wat kue Apam merkah nye nampak mcm sedap je..dari sehari2 nak cuba xdapat-dapat due to sibuk buat benda alah lain..hihi smalam mintak tolong Incik F belikan jugak air soda sebab kat umah ni mmg xdibenarkan minum air gas..berkerut jugak la keningnye smalam nak beli air soda buat apa plak kan..huhu bila dah siap buat owhh barulah dia tau bukan nak minum upenye tp buat kueh apam ni..buat kueh pon guna air soda ek katanya huhu..Alhamdulillah menjadi jugak la apam ni tp xberapa merekah sangat jadiknye..cume tersengih aje huhu..next time boleh buat lagilah ini macam..ni buat kecik2 je sbb kalau buat saiz besar makan 1 je dah kenyang..y mini ni dok suap2 dalam mulut xsedar plak upenye dah sebalang..hihi dah la teksturnye mmg gebu betul..masuk mulut je cair tros..sedap~! anda patut cuba..:p
Apam Merekah resipi di blog Kak Zu
Udang masak Berempah
Harini dapur berasap awal untuk makan tengahari..2 in 1 bekpes ngan lunch wat sekali harung sbb Incik F keje jam 11 harini..resepi dari SAJI dan ada la ubah sikit mane y xkene ngan selera dan kekurangan bahan..hihi anda petut cuba, mmg sedap..
BAHAN-BAHAN
300g udang bersaiz sederhana
1/2 cawan kicap manis (kurangkan kepada 1/3 cawan)
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tomato (tambahkan menjadi 1/2 cawan)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
CARA-CARA
1. Udang diperap dengan kunyit dan garam, goreng sekejap dan ketepikan.
2. lebihan minyak udang tadi guna untuk menumis bawang putih, serbuk jintan manis, jintan putoh dan lada hitam dan sedikit air.
3. bila sudah naik bau, masukkan udang yang digoreng tadi, bersama kicap manis dan juga sos serta garam.
4. akhir sekali masukkan lada merah, cili padi dan bawang merah besar. gaul sebati dan SIAP~!
_________________________
Enhanced by http://e.exps.me
Wednesday, January 11, 2012
Percik Putih
Assalammualaikum, harini mmg mood tengah baik nak memasak..huhu selak-selak majalah SAJI nampak lak menu ni..hurm..memang teringin nak mencuba kali ni..bukan apa, sesekali memasak yang lain daripada slalu ni bagus jugak kan boleh mevariasikan masakan selain bertukar selera...;p
oleh kerana bakar ikan atas dapur je maka xberapa garing sangat lah ikannya tp rasanya masih lagi segar memandangkan ikan pon fresh dari pasar.. suami pon suka..
SELAMAT MENCUBA~!
BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan apa2 pon bley
Bahan A
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
*kisarkan bahan ni dah perap bersama ikan dalam 1/2 jam.
Bahan B
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu tepung beras
1 cawan santan
garam secukup rasa
serbuk ketumbar
cili kalau nak pedas
CARA-CARA
1. kisar halus bawang dan halia. didihkan dan campurkan santan.
2. masukkan garam, serbuk ketumbar dan cili potong halus2.
3. masukkan tepung beras y dicampurkan sedikit air. kacau-kacau sampai pekat dan SIAP~!
p/s: ikan tu dibakar hingga masak dan sos tu curahkan atas ikan.
sayuran tambahan, elok makan sayur ni..taugeh ni asalnye nak buat kerabu sebab ianya masih lagi segar bugar tp kerisik plak xde maka goreng ajela..pon sodap jugak hihi
Tuesday, January 10, 2012
Bubur : Jagung manis & Kacang Hijau Durian
Waktu hujan memang melayan kalau dapat makan bubur ni, tambah-tambah lagi kalau bubur tu bubur jagung ngan kacang durian kan..perghhh meleleh dah ayaq lioq hihi..Aritu incik F nak sangat makan durian, bila dah makan banyak mula muak dan buahnya pulak masih ada lagi banyak..jadi bila dimakan bersama bubur ni xderla rasa muak sangat...mmg sedap, tambah-tambah lagi hari Hujan xhenti-henti ni..melayan kan ajela tekak ni..huhu
Bubur ni resepinye saye ambil dari MyResepi
BAHAN-BAHAN
4 Tongkol jagung manis - diambil isinya
5-6 sudu besar gula (ikut manis)
1 mangkuk kecil santan pekat
1-1/2 mangkuk kecil air
2 helai daun pandan disimpul
1/4 sudu teh garam
segenggam sagu dibilas dan toskan
CARA-CARA
1. isi jagung dibersihkan dan direbus lebih kurang 8-10 minit.
2. masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. biar mendidih dan SIAP~!
Resepi diambil dari blog mat Gebu ( jangan marah ye en mat saya copy n paste ajela ni huhu)
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
- Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker...
Karipap Keledek
Pada suatu hari y sejuk hujan turun mencurah-curah, makan ape y sedap? huhu taraaaa..karipap keledek manis ni memang yummy..

BAHAN-BAHAN
INTI KARIPAP
1 biji keledek (bersaiz besar) @ kentang 5 biji
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar*
2 ulas bwg putih*
2 ulas bawang merah*
1 sudu pati ayam
1 filet isi ayam dicincang
1 sudu cili kering (kalau nak pedas)*
garam
air
CARA-CARA
tumis bahan bertanda * dan masukkan isi ayam, keledek yang dipotong dadu, masukkan serbuk kari yang dicampurkan sedikit air. masukan pati ayam, air dan garam..tunggu hingga masak dan ketepikan.
DOH KULIT KARIPAP
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan minyak + margerin (dipanaskan)
ais sejuk (dalam peti) & garam
CARA-CARA
1.panaskan campuran minyak dan marjerin.
2.satukan tepung dan garam. buat bulatan ditengah dah masukkan campuran minyak panas tersebut dan gaulkan2 dengan sudu.
3. mula gaul dengan tangan dan masukan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan sudah menjadi doh. pastikan adunan diuli sehingga ianya tidak melekat pada tangan dan bekas.
4. balut doh dengan plastik dan biar 10 minit.
5. selepas 10 minit mula mencanai doh dan kalau pandai kelim bolehlah masukkan inti dan kelim di tepinye.
6. kalau xpandai kelim sperti saya boleh guna acuan saje huhu..
7.panaskan minyak dan goreng karipap dengan api y sederhana. SIAP~!
Ayam Lada Hitam
Baru-baru ni saya ternampak majalah SAJI keluaran januari banyak memaparkan resepi-resepi yang agak menarik..kebanyakkannya adalah masakan laut..tapi permulaan ni ada satu resepi y saya tukar sket penggunaannya, resepi asal menggunakan fillet ikan Dori...selamat mencuba ok..;p
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
6-8 ketul Ayam
4 sudu tepung jagung
1 biji telur
garam
serbuk lada putih
BAHAN B
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil pati ayam
2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air
garam dan sedikit gula (ikut sedap sendiri byk mane)
CARA-CARA
1. bahan A diperap dan biarkan dalam 15 minit. Goreng hingga masak. ketepikan.
2. tumis bahan bertanda * hingga naik bau.
3. masukkan sos tiram, sos lada hitam, gula, garam, lada hitam, kicap serta air. masak hingga sos menjadi pekat.
4. masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul seketika dan SIAP~!
BAHAN A
6-8 ketul Ayam
4 sudu tepung jagung
1 biji telur
garam
serbuk lada putih
BAHAN B
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil pati ayam
2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air
garam dan sedikit gula (ikut sedap sendiri byk mane)
CARA-CARA
1. bahan A diperap dan biarkan dalam 15 minit. Goreng hingga masak. ketepikan.
2. tumis bahan bertanda * hingga naik bau.
3. masukkan sos tiram, sos lada hitam, gula, garam, lada hitam, kicap serta air. masak hingga sos menjadi pekat.
4. masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul seketika dan SIAP~!
Peria : sambal ayam & Udang bercili
Lately saya dan suami menggemarkan pulak sayuran yang bernama Peria ni, kalau dulu peria ni kira sayur pilihan terakhir la klu nak beli sebab rasanya yang pahit tu..tapi rupa-rupanya kalau betul kaedah dan cukup masaknye maka xdelah rasa pahit sangat sayur ni. jom tgk resepi y mudah untuk disediakan...:)
BAHAN-BAHAN
2 fillet dada ayam
1/2 biji buah peria
1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu cili kering kisar
1 sudu pati ayam
2 fillet dada ayam
1/2 biji buah peria
1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu cili kering kisar
1 sudu pati ayam
sedikit asam jawa.
CARA-CARA
1. tumiskan bawang yang telah dikisar @ditumbuk hingga naik bau.
2. masukkan cili kering dan garam. tunggu pecah minyak.
3. masukkan isi ayam y dipotong kecil.gaul2 dan masukkan pati ayam.
4. masukkan buah peria, gaul-gaul.
5. masukkan sedikit air untuk kuah. gaul-gaul dan tutup sebentar. kecilkan api supaya x overcook lak peria tu.
6. dalam 2 minit tu bukak gaul2 dan tutup api. SIAP~!
CARA-CARA
1. tumiskan bawang yang telah dikisar @ditumbuk hingga naik bau.
2. masukkan cili kering dan garam. tunggu pecah minyak.
3. masukkan isi ayam y dipotong kecil.gaul2 dan masukkan pati ayam.
4. masukkan buah peria, gaul-gaul.
5. masukkan sedikit air untuk kuah. gaul-gaul dan tutup sebentar. kecilkan api supaya x overcook lak peria tu.
6. dalam 2 minit tu bukak gaul2 dan tutup api. SIAP~!
untuk masakan ini pula, resepinya adalah sama seperti diatas cuma tukarkan ayam kepada udang dan tukarkan cili kering kepada cili padi dan masukkan sedikit serbuk kunyit. selamat mencuba ye..;p
Tenggiri Kicap Ala Thai
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai
3 helai daun limau purut
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap
ikan tenggiri 4-5 ketul
daun bawang (hiasan)
10 biji cili kecil*
1 sudu kecil pati ikan
CARA-CARA
1. kisar halus bahan * dan tumis, masukkan serai y dititik dan sos tiram, kicap..dah wangi masukkan plak ikan y dah digoreng garing.
2. masukkan daun limau purut, garam dan pati ikan. gaul-gaul.
3. masak hidang dalam pinggan tabur daun bawang. SIAP~!
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai
3 helai daun limau purut
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap
ikan tenggiri 4-5 ketul
daun bawang (hiasan)
10 biji cili kecil*
1 sudu kecil pati ikan
CARA-CARA
1. kisar halus bahan * dan tumis, masukkan serai y dititik dan sos tiram, kicap..dah wangi masukkan plak ikan y dah digoreng garing.
2. masukkan daun limau purut, garam dan pati ikan. gaul-gaul.
3. masak hidang dalam pinggan tabur daun bawang. SIAP~!
Subscribe to:
Posts (Atom)














