Pages

Friday, December 30, 2011

Mukadimah resepi : Sup Ayam Pandan

Assalammualaikum w.b.t, bismillahirohmannirrohim mukadimah untuk merasmikan blog resepi saya yang baru ni. blog y baru?? huhu , yela FYI Sebelum ni saya mmg dah ada blog personal yang bermula sejak tahun 2008 lagi (attilasgallery.blogspot.com)..tapi atas dasar kedewasaan, akhirnya saya membuka blog yang baru dan terus mendelete blog lama. blog lama tu hanya banyak berkisarkan tentang kisah zaman remaja berjimba-jimba dahulu..eceh macam la skang ni dah tuan sangat kan huhu..Kali terakhir saya membuat entry untuk blog tersebut adalah pada 4 January 2011...almost 1 year kan..hurm..mmg lama xmengadap blog..

Perkahwinan membuatkan saya sedar diri dan ruang, xboleh nak sewenang2-wenang berblog macam dahulu lagi, hati suami perlu juga dijaga..dan disini saya cumalah seorang blogger tegar amatur biasa yang ingin berkongsi keseronokan dalam menyediakan masakan yang terbaik buat suami dengan berkongsi resepi juadah2 sepanjang saya bergelar seorang isteri..Saya bukanlah pakar, tapi sekadar mahu berkongsi hobi..

MASAKAN: Saya paling suka masak makanan yang simple2 (bukan pemalas ye huhu), bukan sekadar mudah dalam penyediaan tetapi selera yang bersesuaian dengan kami suami isteri. Sebenarnya selera setiap manusia ni berlainan.. sedap pada kita belom tentu sedap pada orang lain. pada saya mudah, saya akan masak apa yang saya rasa sesuai dengan selera saya dan juga suami. Kalau makanan tu nampak cantik, tp xsedap..xguna jugak kan..kita yang makan, kita tahu selera kita bagaimana..

Meal for 2, Setiap resepi yang saya sertakan adalah untuk hidangan 2-3 orang..huhu keluarga saya masih lagi kecil dan belum berkembang lagi..InsyaAllah semoga Allah memberikan rezeki lagi kepada kami suami istri suatu hari nanti..:)


BAHAN-BAHAN

Ayam 5-7 ketul bersaiz sederhana
Bawang besar 1 ulas*
Bawang merah 2 ulas*
Bawang putih 2 ulas*
cili padi 4-5 ulas (kalau nak pedas lagi tambah kan)
Halia 1 inci*
Serai 1 batang
Pati Ayam 1 sudu kecil
Daun Pandan 1 helai
Asam jawa

CARA PENYEDIAAN

1. Bahan bertanda * dikisar atau ditumbuk halus dan tumis.
2. Masukkan ayam, serai, asam jawa sket dan daun pandan
3. Masukkan air untuk kuah. (jangan terlalu banjir kuahnye nnti xsedap)
4. Masukkan garam dan pati ayam. 
5. Reneh sampai ayam masak dan tutup api. SIAP~!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...