Pages

Tuesday, March 6, 2012

Allah Selamatkan kamu...Selamat Hari Lahir incik F!!

Allah Selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu Incik F..
Allah selamatkan kamu~!!! hoyehhhh...;p

Semoga panjang umur dan murah rezeki diucapkan buat hubby tersayang..ok, ini entry tertangguh namanya huhu..besday incik F pada 2 mac yang lalu tp atas sebab-sebab tertentu maka entry ini baru dikeluarkan harini .
Taraaa..walaupon badan xberapa nak sihat tapi masih juga menggagahkan diri untuk membuat persediaan menyambut hari lahir insan yang tersayang ni..seharusnya simple aje la sebab tinggal berdua kita pon celebrate ala-ala candle light dinner gitu..huhu tp bukan dinner la, celebrate time lunch je ni..dia baru balik keje dan terus Surprise~!! hihihi..nasib baik smalam hubby keje malam..mmg dia xtau ada kek untuk dia..ye lah memandangkan istrinya xsihat, jadi xdela dia mengharapkan apa-apa..Sebagai perempuan, memang susah la kalau kita nak berdiam diri masa hari istimewa dia kan,walaupun xsihat tetap gagahkan diri bagi membuktikan rasa sayang tu muahaha..istri solehah la katakan kikiki..


Planning asal nak buat kek, tapi hubby xberapa gemar kek berkrim2 yang menggemukkan katanye huhu jadi tukarkan kepada yang lebih mudah penyediaannya dan semestinya feberet Incik F iaitu Blueberry Cupcake dan vanilla france buttercream sebagai topping..klu xde langsung krim cam xbest lak togel je cupcake tu..tema adalah biruuu gitew..huhu sukenye aku..eh aku plak y over ek!!..oleh kerana mahukan proses yang cepat maka blueberry cake ni gunakan tepung mix bli kat kedai alatan kek feberet Annie's Studio, memang sodap dan gebu!..sonang baitu masuk telur, minyak dan air kacau-kacau siap! xdela patah pinggang nak membuat sendiri, kalau badan cergas xperla kn, ini pun buat ala-ala nenek2 si bongkok tiga aje dah masa mendeco-deco tu smalam..huhu
Menu special ni ala-ala barat..chicken chop dan chicken spaghetti mushroom.. huhu penuh pinggan! hah kenyang sungguh..pinggan hubby je y penuh..pinggan saya cenonet je sbb serius xleh makan banyak nnti muntah balik..huh..rugi2 jadi orang sakit ni..adoiii....dah berpeluh2 dah tu ha nak mengabiskannya..Alhamdulillah Incik F suke dengan hidangan tu..simple aje tp y penting ikhlas kan..wink wink Happy Birthday buat Hubby..;p

Chicken Spaghetti Mushroom 

BAHAN-BAHAN
1 paket spaghetti
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
5 cendawan butang dihiris halus
200 g isi ayam
1 tin sos prego tomato
25g mentega
1 sudu serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil oregano dan daun rosemarry

CARA-CARA
1. Rebuskan spaghetti bersama secubit garam hingga lembut dan tuskan. gaulkan bersama mentega agar kekal lembut.
2. Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cendawan, sos prego, sedikit air, garam dan pati ayam. gaul hingga rata.
3. masukkan spaghetii dan taburkan oregano dan rosemary. gaul rata dan SIAP~!


Simple Chicken Chop

BAHAN-BAHAN

Kepingan Ayam
3 keping dada ayam yang dileperkan digaul bersama lada hitam & garam dan dicelup ke dalam 
step 1:  tepung jagung
step 2:  telur
step 3: serbuk cornflakes yang dikisar halus
kemudian digoreng hingga garing.

Kentang Putar
1. 4 biji kentang direbus hingga lembut dan dilenyek hingga hancur
2. Masukkan 2 sudu besar mentega dan 1/2 cawan susu segar dan gaul rata.
3. masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Sos Lada Hitam
Saya gunakan serbuk segera, cuma masukkan air dan panaskan diatas dapur hingga pekat.

p/s: Hadiah besday yang diterimanya adalah yang paling mengembirakan..senyum sampai ke telinga...apa dia?? syyy rahsia huhuhu

4 comments:

Unknown said...

wah bestnyer wat sendiri jerk..:)
hepi besday to u..

Attila razmie said...

huhuhu tu lah, kalau nak beli nnti dah xsurprise..buat sendiri ni feeling dia lain sket..;p thanks..

Mdm Norfa said...

aku nak try la buat chicken chop tu...
ko amik resepi ktne ni? Ke memang tahu sendiri....

Attila razmie said...

huhu ni resepi aku buat ngan kak ngah taun lepas..tapi kali ni aku tukar resepi guna serbuk cornflakes, biasa orang guna serbuk roti...tapi guna cornflakes ni rangup dia lebih sket dan best..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...