Pages

Friday, March 16, 2012

Lady in pain

MasyaAllah..xreda2 lagi rupanye sakit ni..huhu apakan nasib badan terpaksa la menanggung derita..tapi xdela sengsara sangat cume kadang2 keletihan yang dirasakan terlalu ketara sampaikan sudah lama rasanya tak menjejakkan kaki ke dapur..MasyaAllah memang lama..xpasal2 incik F pulak yang kene masak..huhu..Xper darling..bak kata ali baba " Sape tak sayang bini oii" huhu kannn...;) Sakit apa? sakit "buatan Orang"..huhu hurm..macam-macam...ok abaikan lama-lama nanti hilanglah sakit ni..

Minggu depan keluarga dari Pahang akan datang..hurm...xsabarnye lah nak menunggu ketibaan mak dan ayah ke rumah anak bongsunye ni huhu..Ini pertama kali mak ke Sabah, nak merasa berjalan-jalan di negeri orang katanya..harap2 mak xdiserang semputnye tu nanti..ye lah, dalam kapal terbang tu kan agak sejuk, kang semput  datang kan dah susah..Harap-harap xde papelah yang berlaku dan semoga semuanya selamat..Amin.

Aktiviti saya menanti kunjungan kumpulan ni tiba, yang dirumah ni pulak kelam kabut huhu..sibuk mengemas bilik, mengemas rumah, mengeluarkan pinggan mangkuk dan cawan..mengemas itu mengemas ini haih...seminggu lady in pain ni wat kerja sikit-sikit. kalau wat sekaligus mau pengsan n incik F plak yang bising nanti..yerlah mak nak datang kan, xkan la nak biarkan rumah bersepah..rumah dah la tecik..kene la kemas mane yang patut untuk pastikan diorang-diorang ni selesa nanti..kakak-kakak ku jua datang bersama ngan keluarganya..haih rindunye nak jumpa dak 3 orang tu..mesti dah besar2 skang..huhu lama xjumpa rindunyeeeeee...;)

This is my beloved family..taken last year, masa holiday sebelom me balik Sandakan, seminggu selepas majlis bertandang sebelah suami..hurm rindunye pada semua...xsabar nak jumpa mak! anak bongsu la katakan hihi...








 Introduction..dari kanan ialah Maharani Ibunda ku yang tercinta..then my Kak Long, Kak Ngah n me..ok, sila jangan pelik kerana my Kak Ngah memang tecik badannye dan orang slalu sangka dialah si adik bongsu..menci! huhu 
 And this is my sweetheart, anak Kak Ngah...ketiga-tiganya dilahirkan dan membesar dengan saya..dari zaman saya belajar hingga zaman kerja kami tinggal bersama dan bila dah kawen ni ikut suami  kene la berpisah dari tiga-tiga ni..haih..memang rindu sangat...especially izzati..masa tinggalkan dia dulu, dia baru nak bertatih tp skang dah berlari mengalahkan sprinter~!..mummy cant wait to see all of you my dear!! ;P 

Yang paling utama nak jumpa ialah this King and Queen..really miss you..jangan xpercaya saya paling suka masakan mak saya dan saya suka kacau masa mak saya makan..mintak dia suapkan huhu sila jangan jeles!
 i love both of them..

Hurm..dah pesan suh mak bawak tempoyak dan belacan..kat sini kedua-duanya xkena ngan selera..xberapa sedap bg saya..nanti dah ada tempoyak dan belacan boleh la masak tempoyak ikan, gulai masam ayam, Asam Pedas pari, Laksa Special mak dan sambal petai tempoyak!! wahhh sedapnyee....itu adalah senarai menu utama saya nak suh mak masakkan..hihi dah lama xmakan air tangan mak..;p nyum nyum..tunggu ketibaan entry masakan mak saya nnti okey..As-salam..

alamak..air liur dan meleleh dah ni...arghhhhh...!!


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, March 6, 2012

Allah Selamatkan kamu...Selamat Hari Lahir incik F!!

Allah Selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu Incik F..
Allah selamatkan kamu~!!! hoyehhhh...;p

Semoga panjang umur dan murah rezeki diucapkan buat hubby tersayang..ok, ini entry tertangguh namanya huhu..besday incik F pada 2 mac yang lalu tp atas sebab-sebab tertentu maka entry ini baru dikeluarkan harini .
Taraaa..walaupon badan xberapa nak sihat tapi masih juga menggagahkan diri untuk membuat persediaan menyambut hari lahir insan yang tersayang ni..seharusnya simple aje la sebab tinggal berdua kita pon celebrate ala-ala candle light dinner gitu..huhu tp bukan dinner la, celebrate time lunch je ni..dia baru balik keje dan terus Surprise~!! hihihi..nasib baik smalam hubby keje malam..mmg dia xtau ada kek untuk dia..ye lah memandangkan istrinya xsihat, jadi xdela dia mengharapkan apa-apa..Sebagai perempuan, memang susah la kalau kita nak berdiam diri masa hari istimewa dia kan,walaupun xsihat tetap gagahkan diri bagi membuktikan rasa sayang tu muahaha..istri solehah la katakan kikiki..


Planning asal nak buat kek, tapi hubby xberapa gemar kek berkrim2 yang menggemukkan katanye huhu jadi tukarkan kepada yang lebih mudah penyediaannya dan semestinya feberet Incik F iaitu Blueberry Cupcake dan vanilla france buttercream sebagai topping..klu xde langsung krim cam xbest lak togel je cupcake tu..tema adalah biruuu gitew..huhu sukenye aku..eh aku plak y over ek!!..oleh kerana mahukan proses yang cepat maka blueberry cake ni gunakan tepung mix bli kat kedai alatan kek feberet Annie's Studio, memang sodap dan gebu!..sonang baitu masuk telur, minyak dan air kacau-kacau siap! xdela patah pinggang nak membuat sendiri, kalau badan cergas xperla kn, ini pun buat ala-ala nenek2 si bongkok tiga aje dah masa mendeco-deco tu smalam..huhu
Menu special ni ala-ala barat..chicken chop dan chicken spaghetti mushroom.. huhu penuh pinggan! hah kenyang sungguh..pinggan hubby je y penuh..pinggan saya cenonet je sbb serius xleh makan banyak nnti muntah balik..huh..rugi2 jadi orang sakit ni..adoiii....dah berpeluh2 dah tu ha nak mengabiskannya..Alhamdulillah Incik F suke dengan hidangan tu..simple aje tp y penting ikhlas kan..wink wink Happy Birthday buat Hubby..;p

Chicken Spaghetti Mushroom 

BAHAN-BAHAN
1 paket spaghetti
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
5 cendawan butang dihiris halus
200 g isi ayam
1 tin sos prego tomato
25g mentega
1 sudu serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil oregano dan daun rosemarry

CARA-CARA
1. Rebuskan spaghetti bersama secubit garam hingga lembut dan tuskan. gaulkan bersama mentega agar kekal lembut.
2. Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cendawan, sos prego, sedikit air, garam dan pati ayam. gaul hingga rata.
3. masukkan spaghetii dan taburkan oregano dan rosemary. gaul rata dan SIAP~!


Simple Chicken Chop

BAHAN-BAHAN

Kepingan Ayam
3 keping dada ayam yang dileperkan digaul bersama lada hitam & garam dan dicelup ke dalam 
step 1:  tepung jagung
step 2:  telur
step 3: serbuk cornflakes yang dikisar halus
kemudian digoreng hingga garing.

Kentang Putar
1. 4 biji kentang direbus hingga lembut dan dilenyek hingga hancur
2. Masukkan 2 sudu besar mentega dan 1/2 cawan susu segar dan gaul rata.
3. masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Sos Lada Hitam
Saya gunakan serbuk segera, cuma masukkan air dan panaskan diatas dapur hingga pekat.

p/s: Hadiah besday yang diterimanya adalah yang paling mengembirakan..senyum sampai ke telinga...apa dia?? syyy rahsia huhuhu

Saturday, January 21, 2012

Set Lunch : Blackpepper Beef Roaster

Mood harini memang baik, main-main ngan makanan pastu makan hihi...do enjoy my picca..:)

Nasi Goreng Pedas
Telur Rebus "Love"
Kentang & Lobak panggang
Daging Lada Hitam Panggang


 BAHAN-BAHAN

500g Daging Lembu (seketul)
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar blackpepper
5 tangkai cili padi
2 inci halia
2 batang serai
garam dan kunyit
*kisar semua bahan dan perap daging yang dicuci bersih. bakar dengan api y sederhana besar hingga masak.

SOS
1/2 botol sos blackpepper
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu tepung jagung
*tumis bawang hingga wangi dan masukkan blackpepper sos, garam sikit dan siap.


Telur rebus ni ada caranya untuk hasilkannya..

BAHAN-BAHAN
 1 batang chopstick
kadbod keras berbentuk V
Plastik bungkus makanan
1 biji telur yang direbus (pastikan masih panas supaya mudah dibentuk)
benang untuk memotong telur sekata

CARA: 
1. Telur rebus yang masih lagi panas dikupas kulit dan letakkan dalam plastik bungkus makanan.
2. letakkan ditengah kadbod berbentuk V, tekan Chopstick di atas telur bahagian tengah telur dalam masa 2-3 minit.
3. Belah ditengah telur dan hasilnya adalah diatas..:p


Bentuk ni hasilnye daripada acuan biskut raya..comel kan rama-rama tu..;p

Friday, January 20, 2012

Apple Crumble

Assalammualaikum..harini keluar tekak mat salleh plak bile tgk banyak lak Incik F beli buah epal smalam..suh makan tapi xlarat nak makan semuanya, banyak sangat..hurm masa-masa ni la godek-godek goodle mencari ape y boleh dimakan dengan epal ni tup-tup nampak lak ada website main masak-masak epal y kat bawah ni ha..bila dah main game ni rasanya xderla susah sangat nak buat Apple Crumble ni huhu kita pon godek-godek la resepi nak membuatnye..huhu ni game bukan main-main aje tp kita boleh dapat info dan tau jugak bagaimana sesuatu jenis makanan tu disediakan..ada banyak jugak resepi yang ada mcm pinata sayuran, cupcake, donat dan macam-macam lagilah..kalau anda stress tu leh la main-main kejap sebelum masuk dapur balik tu huhu
Dan Taaraaaa...kat bawah ni hasil tangan saya..banyak-banyak resepi semua manis gula sampai 2 cawan..mak aih mau kencing manis nanti..saya kurangkan gulanya sebab xsanggup nak menelan kalau dah terlalu manis..yang ni sedang-sedang je manisnye sesuai dengan tekak..makan pulak dengan aiskrim wallah memang sedap..biasa orang makan dengan sos kastard tapi saya lagi suka makan dengan aiskrim coklat...manis pon sedang-sedang..selamat menjamu mata ye..huhu

BAHAN UNTUK SOS@INTI
3 biji epal (dibuang kulit, buang tengahnya dan dipotong dadu)
3 sudu butter
1/2 cawan gula pasir (kurangkan klu xsuka manis saya buat 4 sudu makan je)
1/2 cawan kismis campur (saya tambah)
1 sudu kecil serbuk kayu manis @ 1 batang kayu manis
*dimasukkan dalam periuk dan masak sampai pekat kuahnya.

BAHAN UNTUK CRUMBLE
1 cawan tepung gandum@tepung naik sendiri
5 sudu makan butter (cairkan)
1/2 cawan campuran nestum dan oat
*gaulkan tepung dan butter menjadi seperti serbuk roti tapi jangan hancurkan. gaul lembut dan masukkan pula nestum dan oat.

CARA-CARA
1. masukkan sebahagian campuran crumble ke dalam loyang yang telah digriskan dengan butter. jangan tekan, hanya ratakan sahaja.
2. masukkan kesemua sos epal tadi kedalam loyang dan ratakan, jangan tekan.
3. masukkan kesemua baki crumble tadi dan ratakan, jangan tekan.
4. bakar dalam oven untuk 30 minit @ hingga masak dengan api 190deg.
5. bila bau dah wangi, crumble pon dah keperangan tu boleh sejukkan dulu sebentar. hidangkan bersama dengan sos kastad @ Aiskrim. SIAP~!

Thursday, January 19, 2012

"Love" Waffle melting in your mouth~!

Pergh tetiba cakap omputih plak..kikiki hai dalam hati berbunga-bunga aje bila sampainye Waffle Maker ni..aaaa time kacih la Puan Sumi Jelly yang bersusah payah bekejar ke MYdin Kajang untuk membeli huhu..ini edisi mengambil kesempatan ke atas beliau, kebetulan pada masa yang sama kak sumi memang ingin mencari benda alah ni jugak...huhu ni sume salah Kak Ida la ni, tayang-tayang lagik waffle yang dibuatnye kan..haaa kak sumi jugak y menjadi mangsa untuk membeli dan mengepos ke sabah ni ha..sabah xde jual ker? haaa kalau ada xderla saya memesan pada orang kan huhu...eh, tp xsure la pulak ade ke tidak sbb giant mmg xde jual, Tesco n Mydin xde lak jumpa bangunannya kat Sandakan neh..ok abaikan~!..

Harini sesi nak tayang-tayang Waffle Maker yang baru je sampai brand TAKADA (RM59.90) dan corak bunga "Love" nye memang menggoda hati i you....kak ida cakap bentuk Love tu menjadi Bunga..yerlah hai..bunga yang cantik..hihi Aritu beli waffle dikedai rege dalam RM2.50 sekeping..butter ngan peanutnye ciput je letak dan nipis lak tu, makan xpuas lak rasa..nak beli banyak2 xlarat, kopak duit hai..ni dah ada sendiri memang senyum lebar ajele, modal keluar sekali aje makan boleh puluh-puluh kali, xsabar nak tunggu family datang sini nanti leh makan ramai-ramai, anak buah memang suka makan waffle ni..:)

Sebelum itu mari kite review dulu apa sarapan sebelum tibanya waffle maker ni..

Huhu ini incik F yang buat, 1st time dia nak buat lempeng tp dah jadi pancake lak sebab tebal..huhu xpelah janji sedap boleh makan..cicah lak ngan sambal ikan..huishh sedap~!

Opss yang ini lak bukannye sarapan, huhu buat aritu untuk minum petang tp oklah boleh jugak makan time sarapan..cube la kalau anda ada terlebih masa huhu..

 How to-do:
1. hasilkan lapisan pancake mcm lempeng..senipis2 y boleh..resepi pancake boleh tgk pada pic chocolate butter pancake..dibawah ni, saya guna resepi tu..
2. goreng sayur ie..carot, kentang, bawang dadu & daun sup + daun bawang sampai masak tp jangan la lembek lak sayur tu ye xsedap nnti..jangan lupa lak letak garam ngan pati ayam sikit..
3. goreng telur dadar senipis2nye jugak mcm lempeng..
4. dah siap semua bahan mulakan aktiviti menggulung..amik lapisan pancake, letakkan lapisan telur pastu susun sayur2 atas telur..tabur sikit blackpepper dan gulung mcm popia basah tuu..same je kan..huhu
dah siap..nak pedas letak la sos kat dalam..xpon leh cicah2 aje ngan sos or mayonis or cheezy...waaallllaahhh~! :) DONE!

Haa..sebelom ni memang feberet ngan pancake..memang licin la coklat tu xde tinggal kesan kat pinggan huhu..
BAHAN-BAHAN
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

CARA-CARA
1.adunkan semua bahan2 dan mix sampai rata.
2. layangkan di atas kuali (sebaiknya non-stick pan) buat bentuk bulat2 gitew dan ulang sampai habis tepung.
3. dah siap masa panas2 tu letak butter atas pancake dan curahkan coklat cair @ madu @ susu pon sedap.. SIAP~!

La ni dah ada ni melayan waffle la pulak untuk sarapan dan hati pon riang..;p jom-jom kita makan..huhu

Sweet aje bentuk love tu kan..:P tp kepingan pertama yang terhasil memang crunchy tp xderlah y macam jual kat kedai tu..yang ni agak nipis sedikit dan besar keseluruhan anggaran dua tapak tangan yang menadah..bila dah disatukan menjadi love besarnye cumalah sebesar 1 tapak tangan aje..makan pon xmuak sangat..budak-budak kalau makan ni konpem bedal lebih dari satu sebab sedap..yang atas ni saya sapukan dengan jem strawberry dan peanut butter..wallah~!

Taraaaa...makan ngan Aiskrim mmg terbaekk..;p nom nom nom..eh macam Cafeworld lak bunyiknye hihihi

Resepi untuk hasilkan waffle ini diambil dari Blog Kak ida sifu yang tayang-tayang Waffle kat saya huhu

BAHAN-BAHAN
2 biji telur ayam
3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/susu cair
3 sudu besar marjerin
2 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA
1. mix telur, gula dan esen vanilla hingga kembang.
2. masukkan tepung, mentega dan air suam.mix lagi.
3. tambah susu, yis, soda bikarbonat dan mix sampai sebati.
4. wajib ada waffle marker kalau x, nak bakar celah mana plak kan? hihi wat penkek pon boleh ni..SIAP~!

Sup Daging untuk Orang Demam..

Kesian Incik F, dah 2 hari demam sendi dan cirit birit. Apa yang dimakannya semua keluar balik..Kelmarin buatkan Bubur nasi, jamah sikit aje ha keluar balik semuanya..risau tul tengok dia, itupon ada hati nak g kerja jugak semalam tapi dah kene paksa gak g klinik amik MC..dia memang susah nak suh amik cuti..nak kekalkan rekod katanya, tapi kalau dah macam ni punye demam baik cuti ajela bang..hai..memang tak senang duduk saya dibuatnya kejap-kejap ke tandas..lepas tu terbaring aje ha..muka pon dah naik pucat...

Pagi Semalam mintak dibuatkan sarapan lapar katanya, masak nasi terus sebab semalam dia xmakan tapi sikit je dijamahnye..petang tu ingatkan buat sup nak la dia makan, tapi tak makan jugak..sampai ke petang tu saje dah berapa kali ulang ke tandas..hai..ubat segala ubat dah makan tapi masih lagi xbaek..dari pil Chi Kit Teck Aun sampai la teh pekat, semua pon dah telan tapi tak baik-baik jugak..sabar je la Incik F eh..Xpelah, kalau xnak makan sup ni xpe jangan paksa diri, biar tukang masak yang makan huhu..jenuh diajak makan  tak nak jugak..Hai jom lah kita makan yuk..:)


BAHAN-BAHAN 

SUP
300 g Daging (direbus sehingga empuk bersama sekeping asam keping, halia 3 inci dan serai 1 batang)
3 biji kentang dipotong wedges
bunga lawang, kayu manis dan rempah sup (Tumis darat)
1 biji bawang besar (kisar dan tumis darat)
2 ulas bawang putih (kisar dan tumis darat)
Daun Sup dan daun bawang (dipotong-potong)
*masukkan tumisan darat ke dalam periuk apabila daging sudah empuk dan garam. mmg sengaja letak halia lebih untuk buang angin dan ubat.


SAMBAL KICAP

Kicap 1/2 cawan
cili padi ikut kepedasan
3 ulas bawang putih
*kisar semua bahan hingga halus

MIHUN
1 bungkus mihun cap Masjid dicelur kedalam air panas hingga lembut dan sedia untuk dihidang. SIAP~!

p/s: Alhamdulillah kesihatannya harini dah semalin pulih..Lega tengok pergi kerja dengan senyuman..hati org kat umah pon dah takdela risau sangat..;p 

Tuesday, January 17, 2012

Daging : Masak Beefstick

Wahhh bunyik cam dah best je masak Beefstick kan hihi..Assalammualaikum..semalam Incik F ke pasar beli daging sebab dah jemu makan ikan ngan ayam..boleh gitu? hihi boleh la..menu ni kene tukar-tukar jugak sebab kadang-kadang kepala ni pening dah memikir apa y nak dimasak..kering idea jadiknye..kang hantam2 masak xtermakan pulak sebab tu kalau macam saya ni akan berusaha untuk mencuba resepi-resepi baru agar membuka selera keluarga..takdela nanti dok ulang-ulang makanan y sama aje tiap-tiap hari..jemu kan~! :)

Resepi macam biasa la, main google aje dan menyinggah ke blog Ena Palace's dan juga Halaqah..woww terus kecur ayaq lioq tgk daging beefstick ni huhu..yang menariknye bahan pon senang dan bukannye dibakar..biasanya kalau sebut beefstick ni macam dibakar ajekan..tp ni digoreng dengan rempah kari dan katanya daging ni boleh dimakan bersama nasi impit sebab masakan dah ala-ala rendang jugak..okey, taknak membebel panjang boleh terus menjengah ke dapur saye ye huhu..dan cubalah resepi memang sedap..resepi diolah mengikut kesesuaian bilangan menu dan kombinasi antara 2 resepi dalam blog tersebut..

BAHAN-BAHAN

300g Daging Lembu
3 biji kentang dipotong wedges (digoreng separuh masak)
10 biji cili padi*
1 biji tomato dibelah empat
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
1 biji besar lada merah*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
2 sudu rempah kari
kicap sedikit (boleh lebihkan kalau suke)
Air Asam jawa
1/2 inci halia*
serbuk perasa 1/2 sudu kecil

CARA-CARA
1. Kisar dan tumis bahan bertanda *.
2. masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan tunggu naik bau.
3. masukkan rempah kari, kicap, garam, serbuk perasa dan juga daging.
4. masukkan kentang dan tomato air asam jawa dan sedikit air (iela suka kuah lebih tapi masih lagi pekat). gaul sebati.
5. Siap untuk dihidang.~!

Entry ni sebenarnye entry tertangguh semalam punye, memang spoil sikit mood memasak..tengah goreng kentang tu boleh pulak gas habis, telefon org gas kul 6 baru nak datang..Ayark~!! tension tol..nasib baik la xsempat lg nak menumis kalau x berbuih la tumisan tu dalam kuali menunggu kul 6..huhu harini baru sambung memasaknye..:)

Monday, January 16, 2012

Banana Chocolate Rice


Ini betul-betul penangan kepingin ngan menu masakan Kak Azlita Masam manis ni gamaknye huhu alahai banana kek ku ni menjadi terlebih lembek lak dalamnye dah mcm kue lak..rasanya ni mungkin sebab jenis pisang y saya guna kot..sebab pisang ni jenis lembut cam ceklat getah ala lupa la nama pisang tu..sengal x leh lupa nama pisang..haha xkisah la apa nama pon y penting nnti akan ku cuba lagi skali biar sampai menjadi kek yang betul2 kek lah ye huhu..nanti cube lagik~!

Friday, January 13, 2012

Salam Jumaat : Kek Coklat lembap dan jeli Kiwi

Assalammualaikum salam jumaat buat semua blogger reader..dah 2 hari dok kepochi pasal blogger yang mencilok resepi dan gambar-gambar dari blog orang lain..haih, smalam sempat jugak la tengok blog pencurik tu memang kuang asam betul lah..xsenonoh punyer kerjaan..kesian kepada blogger masakan y terlibat mcm Kak Azlita, Che Mat Gebu n beberapa blogger lain..perghh..menyirap aje masa tgk tu dan terfikir mcm mane kalau gambar kita y ke curik?? mesti marah kan.. saya faham apa y mereka2 ini rasakan, yerla bukan senang tau nak menghabiskan masa untuk mendapatkan resepi dan gambar-gambar seperti yang kita inginkan..kadang kala mau menangis dan stress bila memasak xmenjadi dan gambar nampak xcantik bile proses nak menangkap tu boleh tarik muka 14 la kalau menegok kek xnaik2 masa membakar tu..si pencuri ni mane ade rasa semua tu...y dia tau copy n paste pastu edit tukar nama..kejap aku..kejap saya..ntah pape la manusia tu..nyampah..Saya pon mohon la kepada blogger-blogger lain supaya jangan menyenangkan kerja anda dengan perbuatan mencuri ni..resepi ni untuk dikongsi tapi gambar2 tu semua hak peribadi dah hasil kerja masing2..sebab tu diletakkan watermark supaya bila di copy tu masih ada lagi tanda harga tuan empunye..tp kalau dah dicrop dan mengaku lak gambar tu hak anda..memang parahhh..bak kata melodi perlu kurangkan kontroversi dan berdiri diatas bakat sendiri..kalau xreti masak tu leh bertanya untuk berkongsi ye dak..macam saya la..baru2 nak belajar ni kene la banyak bertanya kalau x sampai bila pon xpandai kan..hihi k lah. alang-alang dah mengomel ni nak share resepi dessert yang dihasilkan melalui pemerhatian dari blog2 masakan y lain..nak senaraikan banyak lak tempat rujukan saya tu antaranye blog kak ita, kak ummi, izzah dan Myresepi....selamat menjamu ye..;p


BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu cair
2 sd besar gula
3-4 biji buah kiwi segar
1 peket agar-agar jeli kristal Nona

CARA-CARA
1.Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2.3 biji Kiwi dibuang kulit dan dikisar.Asingkan di dalam 2 bekas. 1 bekas tu dicampurkan dengan bancuhan susu dan gula. 
3. 1 biji kiwi dipotong bulat2 dan disusun dalam acuan atau mangkuk.
4. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. tuang sedikit di dalam acuan berisi kiwi yang disusun. sejukkan seketika supaya keras sedikit.
5.tuangkan bancuhan kiwi yang dicampur susu pula dan biarkan keras seketika.
Akhir sekali, bancuhan kiwi asli dimasukkan dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. agak masam sedikit kerana kurang gula. saya suka y masam2..kalau anda xsuka boleh tambah gula ye..huhu siap..;p



BAHAN-BAHAN

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Bahan C
3 biji telur

Cara2
1.masukkan bahan A dalam periuk dan panaskan hingga gula larut..sejukkan.
2.putar bahan C hingga kembang..masukkan bahan A..dan gaul rata
3.tepung gandum digaul bersama soda bikarbonate dan baking powder..pastu diayak.masukkan kedalam bahan A dan C..MASUK SEDIKIT DEMI SEDIKIT..
4.masukkan kedalam loyang yng dilapik tracing paper.
5.kukus@bakar selame 1 jam..@ hingge masak.

Topping..
200 gm coklat masakan
suku cawan susu cair/susu segar
masak atas double boiler....
Dah siap curahkan topping diatas cake dan taburkan coklat rice.SIAP~!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...